Friday 21 December 2012

Perlu ke makanan tambahan ketika menyusu?

Entri ni bukan khusus untuk ibu menyusu tetapi lebih kepada kita semua. Hakikat yang kita semua tahu, semua ibu menyusu memerlukan pola pemakanan yang baik dan teratur bagi memastikan tubuh kekal sihat dan anak mendapat zat yang diperlukan. Di antara panduan asas pemakanan semasa menyusukan bayi:
  • Kita perlu mengambil pelbagai jenis makanan daripada semua jenis kumpulan makanan yang mengandungi nutrien
  • Banyakkan sayur, buah dan bijirin
  • Hadkan pengambilan kuantiti makanan yang tinggi lemak tepu, kolestrol, gula, garam dan alkohol.
  • Imbangi pengambilan diet seharian dengan aktiviti fizikal yang dilakukan
NAMUN BEGITU...
Sememangnya kita memerlukan suplemen@makanan tambahan kerana:
  1. Badan memerlukan dos vitamin yang tinggi, tidak cukup dengan makanan yang diambil seharian
  2. Buah-buahan dan sayuran ditanam dengan baja kimia dan racun
  3. Zat makanan berkurang semasa proses penyimpanan dan memasak
  4. Pengambilan pil dan ubatan kimia mengganggu penyerapan zat makanan
  5. Pengambilan makanan harian yang tidak seimbang
  6. Gaya hidup kini yang gemar masak dan makan menggunakan MSG
  7. Tidak tetap waktu makan kerana sibuk dengan urusan seharian
Kebanyakkan daripada kita terdedah kepada perkara-perkara di atas, contohnya kalau kita sememangnya rajin dan cekap masak sendiri utk sarapan pagi, tengahari sampai malam dan gunakan teknik2 masakan yang sihat (kurang minyak, zat&nutrien terpelihara) tak perlulah risau sgt. Tapi kadang-kadang (..dan selalunya) tak sempat. Jadi terpaksa beli/tapau walaupun kita tahu diorang ni banyak gunakan ajinomoto, MSG, garam berlebihan, kebersihan kat dapur mungkin tak terjamin sebersih umah kita. Oleh itu kita perlu berhati-hati tentang risiko kesihatan kita. 

Juga kalau tgk tabiat makan orang melayu contohnya pagi sarapan dengan nasi lemak, roti canai (saya la tu) memang sedap walaupun kita tahu pemakanan tu tinggi lemak, kolestrol, dsb.

Kesimpulannya, tepuk dada tanya diri sendiri utk memastikan makanan yang diambil adalah sihat dan berkhasiat.























No comments:

Post a Comment