Wednesday 12 December 2012

Saya dan penyusuan

Perjalanan penyusuan saya adalah pengalaman paling berharga dalam hidup saya yang xboleh dibeli atau ditukarganti dgn wang ringgit krn ianya TERLALU TINGGI NILAINYA!

2008:
Saya menyusukan anak sulung saya Ariff sejurus selepas dilahirkan. Sepanjang 3 hari saya di hospital, xda kerja lain selain berulang dari bilik ke nursery utk menyusukan Ariff. Sekali sesi menyusu at least 40minit hingga lebih 1 jam. Saya yakin dia menyusu dgn jayanya tp makin hari B makin bengkak dan sy ingat lg pukul 1.30a.m saya pergi ke nursery utk mengadu mslh bengkak susu krn esoknya sy blh discharge dr hospital dan sy risau bengkak susu ni akan jd lebih kronik. Mcm2 pertolongan dan tips diberikan oleh nurse.

Apabila sy pulang ke rumah hari ke-4, bengkak susu berlarutan sehingga sy memaksa suami sy utk belikan pam mlm2 sbb xtahan sakit. Ms tu mmg pengetahuan ttg bf ni cetek sgt..sy xkenal Medela..Spectra..icepack..sume tu. Sy beli pam xxx battery operated je. Dpt je pam..dgn xstudy kaedah penggunaannya betul2..terus pam--tetiba kuar susu bcampur darah! sbb xtau benda tu kena laras (jahilnye) dan nipple dah start luka akibat silap teknik penyusuan dgn baby. Pukul 2 pagi tu jgk sy call nursery dan bercerita..

Bila sy start keje, satu hal la pulak si Ariff ni xnak minum stok susu yang sy dah buat utk dia spjg dlm pantang. Mcm2 sy buat..tukar puting..beli botol Breastflow Dr Browns..tp tetap xmenjadi. Mmg hari2 dia menangis kelaparan dan akhirnya tertidur sbb letih. Tak senang ati kite ni nak keje. Mujur suami keje sendiri...jd setiap hari suami akan bawa Ariff dtg mnyusu kat opis time lunch..nyusu dlm kereta. Pastu sy risau stok EBM dari pantang ni akan rosak sbb xluak pun dan peti ais pun dah xmuat. Umur Ariff 5 bln sy nekad nak buang je susu2 tu semua..tp Alhamdulillah dengan izin Allah Ariff nak pula mnyusu stok EBM dan habis stok dlm pantang tu.

Satu lg pengalaman paling saya xboleh lupa sampai bila2 semasa sy pergi kursus di Cherating, Pahang. Dgn xde icepacknya..sy isi botol2 mineral dgn air paip dan bekukan. Sepanjang perjalanan balik Pahang-KL 4jam, saya balut stok2 EBM yg diperolehi sepanjang kursus dgn kain batik dan towel pastu halakan aircond ke arah beg simpan susu tu.

Tulah antara kisah penyusuan Ariff Azami sbb ms tu sy cuma bersandarkan perkongsian ilmu dgn rakan sekerja, AinZaiha dan buku Panduan Penyusuan RM10.00 yg dibeli di hospital. Masa tu golongan ibu menyusu di pejabat sy belum meluas lg..blh kira dgn jari. Apapun, saya amat berterima kasih dgn K.Iza (AinZaiha) kerana dgn pengalaman inilah yang menjadikan laluan penyusuan saya bertambah manis!

Ariff menyusu secara ekslusif selama 2 tahun 9 bln.

Ariff Azami bin Azlan


2010:
Penyusuan anak kedua, Afif Zikri menjadi semakin mudah kerana dilengkapi pam Medela Harmony, blog susuibu.com, rakan sekerja yg sgt obses dgn full-breastfeeding..hehe..K.Wan le tu. Semua 'gajet' utk BF dia ada. Kami berlumba2 mngumpulkan stok EBM kat ofis. Kalau pergi kursus pun slalu sama2..dpt sebilik...perkara pertama yg kitorg cari ialah fridge. Kalau fridge xkuat, deal dgn org kat kitchen hotel tu nak minta tlg bekukan susu.

Pengalaman berharga apabila saya tandem nursing, sejak dari awal mngandungkan Afif saya masih teruskan menyusukan abgnya,Ariff walaupun ada yg kata jgn..xelok..xboleh. Seminggu lepas Afif lahir (kolustrum dah abis) Abg Ariff sambung meminta haknya dan saya menyusu mcm dpt anak kembar.

Afif menyusu secara ekslusif selama 2 tahun 4 bln.

Afif Zikri bin Azlan 


2012:
Anak saya ketiga ni, Ahmad Zahran..menyusu sepuas2nya tanpa gangguan abg2nya. dan saya berazam nak berikan selama mungkin. Seronok tgk dia semakin hari semakin sihat dan pipinya makin bulat!

Ahmad Zahran bin Azlan

No comments:

Post a Comment