Wednesday 13 March 2013

Kebaikan susu ibu yang unik!

Susu ibu yang kita tahu sememangnya nikmat Allah yang tersangat istimewa, berharga dan tidak ada pengganti yang setanding dengannya.Mari sama-sama kita renungkan di antara hikmah tersembunyi di sebalik penyusuan susu ibu:

FAEDAH UNTUK BAYI:
  • Bayi dapat bernafas dengan baik semasa menyusu. Oleh itu, otot muka bayi akan lebih kenyal berbanding dengan bayi yang menyusu susu tepung dengan botol kerana bayi terpaksa menyesuaikan mulutnya dengan bentuk puting botol susu. Ia juga memberi kesan yang baik terhadap pembentukan tulang pipi dan bentuk muka bayi.
  • Penyusuan susu ibu memberikan kesan positif terhadap perkembangan rahang. Sekiranya rahang berkembang dengan baik, ruang yang ada dapat ditumbuhi gigi susu. Gigi susu dapat tumbuh dengan cantik seolah-olah bertunas di atas gusi dari tengah ke tepi. Oleh itu, wajah bayi akan kelihatan lebih cantik dan menawan.
  • Dari sudut psikologi, penyusuan susu ibu dapat menjalinkan hubungan erat antara ibu dan anak. Ini terbukti bila jari jemari bayi menggenggam erat jari ibunya ketika menyusu, mata bertentangan dalam jarak yang dekat dan lahir perasaan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata...(hanya ibu yang menyusu je yg memahaminya)
  • Susu ibu mengandungi bahan pencegah penyakit (antibodi) yang tinggi (terbukti..anak jarang demam)
  • Perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ tinggi) (anak susu ibu ni bijak, keletah dan petah berkata2)
  • Susu ibu mempunyai komposisi yang mencukupi, penghadaman yang mudah dan suhu yang sesuai
  • Susu ibu dapat mengurangkan risiko alahan/alergi dan cirit-birit
  • Mencegah masalah pergigian, kurang zat makan dan menggalakkan tumbesaran fizikal yang baik
  • Mengurangkan penyakit kencing manis, pneumonia dan jangkitan telinga pada kanak-kanak

FAEDAH UNTUK IBU:
  • Membantu mengecutkan rahim dan mengurangkan pendarahan selepas bersalin
  • Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari
  • Membantu menjarakkan kelahiran
  • Menjimatkan masa dan wang
  • Mudah dan tidak perlu persediaan..(si ayah tak perlu bangun tengah malam untuk bacuh susu anak!)
  • Ibu dapat kembali langsing dan mengurangkan berat badan dengan lebih mudah selepas bersalin (jimat..tak perlu kepada produk pelangsingan mahal2)


Saturday 26 January 2013

Amalan Doa dan Zikir dalam Penyusuan

Doa dan zikir untuk ibu menyusu

  1. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, murahkanlah rezeki anakku dan banyakkanlah susu untuknyau, permudahkan perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang Engkau syariatkan.
  2. Ya Allah seberapa banyak rezeki susu yang Engkau kurniakan hari ini, penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku.
  3. Amalkan Surah Al-Baqarah Ayat 60                                                                                                 Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu" (Ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air. Sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".
  4. Amalkan surah Al-Hujurat dan Al-Kauthar
  5. Amalkan zikir Ya Matin (70x) setiap malam dan subuh
  6. Surah Yaasin Ayat 72-73
  7. Baca selawat sebelum menyusu dan mengepam

Teknik Power Pumping

Setelah sekian lama tak bangun malam utk update blog, hari ni saya bersemangat berjaga malam..bukan hanya utk update blog tetapi utk mencuba kaedah power pumping. Saya baru mengetahui power pumping ni melalui kwn sepejabat, Mas dan Yati. Sebelum tu penah ternampak dalam majalah Pa&Ma tp buat xtau je. Tapi apabila akhir-akhir ni penghasilan susu makin menurun, stok EBM pun makin menyusut, masa mengepam di pejabat pula semakin terhad...saya fikir saya perlu lakukan sesuatu utk anak kesayangan saya, Ahmad Zahran. 

Sebelum tu kita share sikit tentang teknik Power Pumping yang saya ambil dari page di FB Kredit 


Apa itu Power Pumping?
Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara x langsung meningkatkan bekalan susu ibu.
Siapa yang perlukan Power Pumping?

1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu

2. Ibu yg ingin relaktasi/menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan

3. Ibu yg kekurangan susu,berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.


Macammana nak buat Power Pumping?

Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kendian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sbb hormon susu sgt tinggi waktu ni.

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?

Kita jgn ingat sekali buat terus susu jadi melimpah ruah. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dpt hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, In Shaa Allah dipermudahkan olehNYA…amin.

Alhamdulillah, saya berjaya melaluinya tadi...walaupun dalam keadaan agak mamai dan masih mengantuk, dapatla sebotol penuh 5oz. (maklumla nak tunggu sejam guna pam medela manual, rasa tertidur sambil pam pun ade). In Shaa Allah, saya akan berusaha utk malam2 berikutnya utk melihat sendiri hasilnya.