Thursday 27 December 2012

Rambut semakin menipis

Sekarang ni saya mengalami masalah rambut gugur yg sgt serius. Bila google tentang masalah rambut gugur ni...ape yg dpt saya simpulkan:

Punca rambut gugur:
  • Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif
  • Demam, jangkitan dan selsema yang serius
  • Perubahan hormon
  • Amalan diet yang tak seimbang
  • Kesan drpd ubat-ubatan
  • Stress
...bila tgk punca2 di atas, terus saya kata dlm hati..."ooo...patut la pun.." sebab saya mmg ada masalah tiroid, tambah pulak perubahan hormon lepas bsalin (bak kata org tua2 biasela tu, anak dah start menyembur...yeke atau kebetulan)...mmm..stress, takdela sgt sbb mampu dikawal lg.. Jadi saya terfikir, mcmne kekdahnya nak atasi ni..sblm ia jd lebih kronik

Antara cara atasi:
  • Amalan petua2 tradisional cth: Campurkan 5 sudu bsr minyak zaitun bsama 2 biji telur atau 2 sudu madu lebah, lumurkan ke seluruh rambut. Balut kepala dengan plastik/guna shower cap, biarkan 15 minit dan bilas. Amalkan 1 kali seminggu. ATAU lumur pati santan ke kepala, balut juga..ATAU gunakan jus lemon, urut ke kulit kepala
  • Ambil pemakanan yang kaya dengan protein seperti sayur-sayuran hijau, soya, daging, carrot, buah mangga, apricot kering, bijirin
  • Pilih syampu rambut yang sesuai
  • Gunakan sikat yang jarang
  • Utk yang bertudung, pastikan rambut benar2 kering sblm memakai tudung
  • Potong rambut pendek
...dan beberapa cara lain termasuk mencuba produk2 kesihatan rambut yang berada di pasaran yang kita xpasti risikonya atau terbukti keberkesanannya terhadap diri kita..atau klu yg berduit manetau nak cuba Yun Nam ke kan..hehe..saya mmg xdela

tp terus terang saya cakap..kalau saya nak buat yang petua2 tradisional tu mmg 'agak bcinta' jgk la dgn kekangan masa dan anak2 kecil lagi, dan saya tak brapa rajin+remeh nak amalkan. Jadi saya memilih utk pemakanan yg kaya protein...selain protein semulajadi dari sumber2 asli, saya amalkan juga vitamin spt Vitalea, B.complex dan ESP. Semoga ianya membantu :)

Tuesday 25 December 2012

Selamat melihat dunia, Mya

Kelahiran yang dinanti..alhamdulillah dan syukur atas kelahiran sorang lagi cucu Tok Wan & Mak Tok yang baru dan menjadikan kesemuanya 9 orang. Ariff dan Afif seronok dan x sabar nak jumpe sepupu baru tp kena tunggu keluar hospital dulu. Kesian pulak Munirah (adik ipar yg bongsu ni) kena tahan kat spital sbb dua2 ibu ngan baby demam.

Teringat kisah kelahiran Mya (nama dah finalize kut)..ari sabtu Nierah dah start sakit dan malam tu kami anak branak dtg utk menenangkan keadaan sementara mak ngan abah pun baru bertolak dari Kedah. Dari siang tu baru 1cm, tgh mlm dlm kul 12.30 kami 'paksa' nierah pg spital jgk sbb tgk dia dah mcm sakit sgt. Rupanya baru 2 cm. Sabarlah dik (kena tinggal sorg2 kat spital mengharungi kesakitan bsama ibu2 lain-ade yg mjerit2 xtahan sakit).

Ahad tu kami tunggu kabar dari umah je...dan sentiasa update status Nierah ni melalui suaminya, Mahfuz dan juga mak n abah yang tunggu kat hospital. Lambat juga bukaan, maklumlah anak sulung. Akhirnya jam 7.03 mlm lahirlah seorang baby girl yang sempurna dengan berat 2.78kg secara normal. 

Raya tahun depan meriahlah umah Mak Tok dan Tok Wan kat Kedah dengan gelak tawa cucu2 ni:

  1. Ariff Azami bin Azlan (02.12.2008)
  2. Khairunnnajah binti Mohamad Anas (08.06.2009)
  3. Afif Zikri bin Azlan (25.02.2010)
  4. Alya Syadiah binti Mohamad Anas(06.09.2010) 
  5. Nur Ilman Arfa binti Azminizam (30.08.2011)
  6. Darwisyah Fatnin binti Mohamad Anas (30.04.2012)
  7. Rahimi bin Azminizam(keguguran 5 bulan 25.07.2012)
  8. Ahmad Zahran bin Azlan (05.09.2012)
  9. Mya Marissa binti Mahfuz (23.12.2012)
  10. ....(bakal lahir bln 3 thn dpn)
**stakat ni sepupu Ariff Afif Ahmad ramai pmpuan 

Monday 24 December 2012

GLA Complex

GLA COMPLEX

FAKTA MENARIK

  • Biasanya GLA (Gamma-Linolenic Acid) di pasaran dihasilkan dari Evening Primrose Oil (EPO) tetapi GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA  dalam EPO
  • Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA - sumber terbaik Omega-6
  • Digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E


KEISTIMEWAAN GLA COMPLEX

  • Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan
  • Mengawal selia estrogen dan testosteron, mood swing dan sakit payudara
  • Membantu tubuh menghasilkan 'cecair kesuburan' yang antara kebaikannya ialah memberi 'ruang' untuk sperma terus hidup da;am tiub falipio sehingga 5 hari
  • Melambatkan menopaus, mengetatkan uterus
  • Merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina
  • Memperbaiki masalah prostat lelaki dan kerap kencing
  • Meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser
  • Memperbaiki inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, bintik penuaan
  • Merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua
  • Pelangsingan dan menghalang tambah berat badan, beri tone pada kulit dan otot untuk wanita untuk mencapai bentuk badan yang cantik
  • Menghalang tekanan darah tinggi, pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, mengelakkan masalah jantung
  • Memperbaiki tekstur rambut, rambut kering dan rambut gugur
  • Memperbaiki keadaan kanak-kanak autisma, sukar memberi tumpuan untuk balajar dan hiperaktif


CADANGAN PENGAMBILAN

  • Untuk memelihara kesihatan: 2 kali sehari, 1 kapsul setiap kali (selepas makan)
  • Untuk menopaus, pelangsingan, hiperaktif: 2 kali sehari, 2 kapsul setiap kali (selepas makan)

Vitamin E

VITAMIN E

FAKTA MENARIK 

  • Dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E
  • Diekstrak d-alpha tocopheryl dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama, delta)
  • Mengandungi 10mg selenium semulajadi


KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN

  • Melindungi jantung, melindungi sel darah merah, mengurangkan tekanan darah, menghalang platlet darah melekat ke dinding arteri
  • Mempertingkatkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU-800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka. Tambahan Se dan vitamin E boleh meningkatkan kualiti air mani dan mempunyai kesan bermanfaat dan perlindungan, terutamanya pada motilitas (kemampuan untuk bergerak) sperma
  • Melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, jerawat dan bintik hitam
  • Memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha
  • Melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas
  • Memperbaiki masalah katarak dan masalah penglihatan
  • Mengekalkan kemampuan seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih
  • Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir dan sakit sendi
  • Menghalang keguguran (hamil), sindrom prahaid dan sindrom menopaus
  • Memperbaiki parut, bengkak dan ulser kulit


CADANGAN PENGAMBILAN

  • Untuk memelihara kesihatan: 1 kapsul sehari (selepas makan)
  • Untuk anti penuaan dan sistem reproduktif: 2 kali sehari, 1 kapsul setiap kali
  • Menentang kanser dan mengurangkan parut: 2 kali sehari, 2 kapsul setiap kali

Friday 21 December 2012

Perlu ke makanan tambahan ketika menyusu?

Entri ni bukan khusus untuk ibu menyusu tetapi lebih kepada kita semua. Hakikat yang kita semua tahu, semua ibu menyusu memerlukan pola pemakanan yang baik dan teratur bagi memastikan tubuh kekal sihat dan anak mendapat zat yang diperlukan. Di antara panduan asas pemakanan semasa menyusukan bayi:
  • Kita perlu mengambil pelbagai jenis makanan daripada semua jenis kumpulan makanan yang mengandungi nutrien
  • Banyakkan sayur, buah dan bijirin
  • Hadkan pengambilan kuantiti makanan yang tinggi lemak tepu, kolestrol, gula, garam dan alkohol.
  • Imbangi pengambilan diet seharian dengan aktiviti fizikal yang dilakukan
NAMUN BEGITU...
Sememangnya kita memerlukan suplemen@makanan tambahan kerana:
  1. Badan memerlukan dos vitamin yang tinggi, tidak cukup dengan makanan yang diambil seharian
  2. Buah-buahan dan sayuran ditanam dengan baja kimia dan racun
  3. Zat makanan berkurang semasa proses penyimpanan dan memasak
  4. Pengambilan pil dan ubatan kimia mengganggu penyerapan zat makanan
  5. Pengambilan makanan harian yang tidak seimbang
  6. Gaya hidup kini yang gemar masak dan makan menggunakan MSG
  7. Tidak tetap waktu makan kerana sibuk dengan urusan seharian
Kebanyakkan daripada kita terdedah kepada perkara-perkara di atas, contohnya kalau kita sememangnya rajin dan cekap masak sendiri utk sarapan pagi, tengahari sampai malam dan gunakan teknik2 masakan yang sihat (kurang minyak, zat&nutrien terpelihara) tak perlulah risau sgt. Tapi kadang-kadang (..dan selalunya) tak sempat. Jadi terpaksa beli/tapau walaupun kita tahu diorang ni banyak gunakan ajinomoto, MSG, garam berlebihan, kebersihan kat dapur mungkin tak terjamin sebersih umah kita. Oleh itu kita perlu berhati-hati tentang risiko kesihatan kita. 

Juga kalau tgk tabiat makan orang melayu contohnya pagi sarapan dengan nasi lemak, roti canai (saya la tu) memang sedap walaupun kita tahu pemakanan tu tinggi lemak, kolestrol, dsb.

Kesimpulannya, tepuk dada tanya diri sendiri utk memastikan makanan yang diambil adalah sihat dan berkhasiat.























Thursday 20 December 2012

Herb Lax

HERB_LAX
KEISTIMEWAAN HERB-LAX


  • Pembersihan najis yang tersekat
  • Meransang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut
  • Membantu masalah sembelit
  • Mengempiskan perut
  • Membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut

Performance Drink

PERFORMANCE DRINK
Antara minuman 'wajib' bagi saya ketika bulan puasa adalah Performance Drink bagi memastikan badan saya mempunyai air yang cukup (lebih-lebih lagi kerana saya menyusu), tenaga yang berpanjangan untuk mengharungi bebanan kerja di pejabat serta menguruskan rumahtangga.

Namun ia bukan terhad kepada ibu menyusu saja tau...ia juga sangat sesuai untuk para atlet, sebelum dan selepas pembedahan, tidur lewat malam, keletihan, penyahidratan otot dan kulit, vagina yang kering, tiada selera makan, rendah paras gula, mereka yang sering pening dan sebagainya.

Performance Drink ini:

  • Memberi tenaga kepada otot dan sel dengan cepat
  • Membekalkan eletrolit dan mengimbangi metabolism air dalam tubuh
  • Mencegah penyahidratan, mengurangkan kehausan dan melembabkan kulit
          • Mengekalkan paras gula



Meal Shakes

MEAL SHAKES SHAKLEE
Meal Shakes diperbuat daripada bahan semulajadi buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain. Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa.

KEISTIMEWAAN MEAL SHAKES SHAKLEE

  • Nutrisi Lengkap yang menyediakan 24 jenis vitamin, meneral dan zat, lesitin soya dan vitamin larut lemak.
  • Kaya dengan protin, membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.
  • Membantu tumbesaran kerana ia mengandungi asid folik, kaya dengan kalsium dan magnesium.
  • Anti-Oksida yang bertindak melawan jangkitan dan proses penuaan
  • Mengembalikan seri wajah
  • Detoksifikasi dan membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus
  • Lazat dan boleh dicampur/dikisar bersama buah-buahan, ESP dan lain-lain.


.




Wednesday 19 December 2012

Energizing Soy Protein (ESP)

Energizing Soy Protein
Cadangan pengambilan:
 2-3 kali sehari (2 sudu besar)





Saya mengambil Energizing Soy Protein (ESP) semasa sarapan, minum petang dan sebelum tidur malam. ESP ni mengandungi 9 asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh kita dan diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sesuai untuk semua peringkat umur termasuk penghidap kencing manis.

KEISTIMEWAAN ESP
  • Awet Muda
Membina otot, kuku, rambut,darah, organ, kulit dan lain-lain
  • Baik untuk hormon
Merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung
  • Baik untuk prostat
Mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser, pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.
  • Kulit remaja
Meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, mempercepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
  • Pembekal Tenaga
Membekal tenaga dengan segera, meningkatkan sistem imun, mencegah migrain, imsomnia dan tekanan
  • Membaiki pigmentasi
Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki pigmentasi, kedutan dan kesan tua.
  • Membaiki memori
Meningkatkan memori dan daya ingatan






















Tuesday 18 December 2012

Ice Pack tertinggal!

13-15 Disember 2012 baru ni saya kursus di Cameron Highlands...ice pack Medela saya tertinggal dlm fridge hotel! Dah sampai Simpang Pulai baru terperasan ice pack tertinggal. Apa yang boleh saya kata dlm hati: Jika ada rezeki anakku ini utk memudahkan beliau menyusu, Allah akan permudahkan urusan agar ice pack tu dapat kembali.

Saya hubungi pihak hotel dan housekeeping maklumkan yg bilik tu dah diduduki dan hanya akan maklumkan kpd saya keesokkan harinya. Alhamdulillah keesokkan harinya, dapat feedback bahawa mereka simpankan ice pack tersebut di Lost dan Found Department. Satu hal lagi..nak membawa icepack tersebut selamat ke tangan saya..suami saya cuba hubungi rakannya yang ramai contact di Cameron, saya lega bila dia memberitahu abangnya tinggal di Cameron. Tapi, alhamdulillah, kebetulan ada kenalan yang bercuti di Tanah Rata dan saya minta tolong beliau ambil di Lobby Hotel. Semoga ada rezeki anak saya..tak perlu beli icepack yang baru.


Ini le dia Ice pack yang saya guna sejak 2010

Friday 14 December 2012

Masa Oh Masa

Masa dan stress..bila kita rasa masa semakin terhad, kita akan jd stress sbb banyak benda yang perlu dibuat sedangkan masa tak cukup!

Persoalannya...
Adakah masa yg buatkan kita x terurus atau kita yang x pandai uruskan masa? 
Adakah kita yang mengejar masa atau masa yang mengejar kita?

Pengalaman peribadi saya, kadang-kadang rasa blank tak tahu nak buat yang mana dulu bila ada banyak sgt benda yang perlu diselesaikan. Jadi, saya akan ambil pen dan kertas...listkan dulu semua perkara yang perlu dilakukan dan kemudian potong list tu satu persatu bila dah selesai dilaksanakan.

Apa yang saya pelajari dalam menguruskan masa ialah KEUTAMAAN @ put our life priorities into action. Letakkan mana yang lebih penting dahulu dan selesaikan segera supaya kepala tak serabut.


Wednesday 12 December 2012

Set G - Resdung / Asma / Allergy

Bagi mereka yang mengalami masalah 5 serangkai (biasanya ibu bapa mempunyai salah satu simptom di atas, anak-anak juga berisiko untuk mendapat salah satu dari 5 serangkai).
Sesiapa lagi yang sesuai?.Mereka yang punyai masalah resdung, eczema, gegata, asma dan allergic. Sesuai juga buat ibu yang menyusukan anak kerana Alfalfa boleh bertindak sebagai milk booster.
Set G ini mengandungi:
  •  Vitamin C
  • B complex
  • Alfalfa

http://vitaminsemulajadi.com/

Set F - Feminin

Set ini mengandungi vitamin E yang terkenal sebagai antioksidan dan baik untuk mencegah kanser. Ia juga adalah agen anti aging(awet muda). Alfalfa pula membantu pembersihan dalaman bagi yang belum berumahtangga mahupun yang sudah berkahwin. Membantu masalah kedinginan suami isteri.
Sesuai untuk wanita di semua peringkat umur.

Set ini mengandungi:
Vitamin E – 60 biji
Alfalfa – 180 biji
(untuk kegunaan 2 bulan).

Dapatkan dengan hanya RM120 untuk 2 bulan kegunaan! (Bermakna hanya RM60 sebulan untuk cantik dan sihat!)


 http://vitaminsemulajadi.com

Set E - Tulang (Ostematrix/Kalsium)

Set ini khas bagi mereka yang kurang mengambil kalsium dalam diet harian. (Juga kepada mereka yang menyusukan anak).
Seperti yang diketahui, kalsium adalah penting dalam pembentukan tulang, sel darah, dan juga membantu dalam pengeluaran susu. Ia juga penting untuk mengelakkan penyakit tulang rapuh (osteoperosis) yang biasa melanda golongan wanita berusia.
Vitamin tulang dgn kalsium ini yang mengandungi:
  • Vita-Lea -
  • B-Complex -
  • Vita C
  • Alfalfa
  • Ostematrix -
 Di samping  membina tulang yang kuat dan gigi, nutrien dalam OsteoMatrix juga bertindak:
  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
  • Membantu dalam pengecutan otot dan tindakbalas saraf
  • Membantu mengurangkan gejala PMS seperti kembung, kejang, water retention, cepat marah, dan kemurungan
  • Menggalakkan tidur selesa; memperbaiki jantung berdebar; gementar; mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.
OsteoMatrix menyediakan:
  • Vitamin D: Meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus utk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka. Vegetarian, yang kurang terdedah pd matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil suppleme vitamin D.
  • Magnesium: Menggalakkan komposisi tulang dan rawan, membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh utk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot dan menstabilkan denyutan tidak sekata.
  • Zink, boron, manganes, kuprum: Memelihara metabolisme kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang artritis.
Walau bagaimanapun, senaman yang kerap dan diet yang sihat dengan kalsium tambahan boleh mengurangkan risiko osteoporosis, terutama terhadap warga tua. Pengambilan kalsium yang mencukupi adalah penting, tetapi pengambilan harian melebihi 2,000 mg tidak mungkin untuk memberikan apa-apa manfaat tambahan, malah memberi mudarat sekiranya ia tidak dikeluarkan dari tubuh.




Set D - Kecantikan dan Seri Wajah

Set D ini terdiri dari:
  • B Complex
  • Vita-C
  • Vita-E
Vita-C dan Vita-E adalah gabungan antioksidan yang powerful, bermanfaat untuk menghapuskan radikal bebas dalam tubuh. Vitamin E menjadikan seseorang nampak muda kerana ia menghalang perkembangan sel penuaan.
Gabungan vitamin-vitamin di atas berguna untuk mencegah jerawat dan melupuskan parut jerawat baru. Menjadikan wajah lebih berseri dari dalam.


Set C - Berpantang (Confinement Set)

SET SHAKLEE UNTUK IBU DALAM PANTANG/LEPAS BERSALIN

Set C adalah asas bagi ibu yang baru melahirkan anak, khusus untuk menambahkan tenaga selepas bersalin dan mempercepatkan penyembuhan luka, sekaligus membantu dalam penyusuan susu ibu.
Apa yang terkandung dalam set berpantang Shaklee?
  • VitaLea
  • Vita-C
  • B Complex
  • Zinc
Kami jua menyediakan set C add on milk booster dengan tambahan
  • Alfalfa
Untuk tempoh 40 hari berpantang, boleh ambil satu set trial pack set berpantang ni.
Zinc sangat bagus untuk mengelakkan keguguran rambut. Ia juga bermanfaat untuk kesihatan lelaki 
Di bawah adalah keterangan set pantang bersalin Shaklee secara ringkas:

SETKANDUNGANKETERANGAN
C (confinement)VitaLeaMultiVitamin & Multi Mineral. Membekalkan keperluan nutrisi tubuh
B ComplexTerdiri dari 8 vitamin B dengan asid folik. Membantu mengurangkan depresi, metabolism, pembinaan sel darah merah.
Vita-C Sustained ReleasedVitamin C pelepasan perlahan2 sesuai untuk bekalan vitamin C sepanjang hari
ZincMengelakkan kelesuan, menyembuhkan luka, menjaga kesihatan sel.
Set C + allfalfaAlfalfaMengecutkan Rahim, membanyakkan susu ibu, mgnurangkan sakit sendi, membuang toksin**Awas jika anda ada alergi alfalfa, penyakit autoimune & SLE, anda TIDAK BOLEH mengambil alfalfa
SET C+ OstematrixOstematrixKalsium+ Magnesium + Vitamin D + mineral lain untuk kesihatan tulang & bermanfaat untuk penyusuan ibu
Set C + ESPESPProtein soya non-GMO yang terdiri dari asid amino utk pembinaan sel tubuh dan bermanfaat untuk penyusuan susu ibu






































Kebaikan set berpantang Shaklee ini adalah ia dibuat dari bahan semulajadi dan menjalani ujian klinikal. terbukti selamat dan berkesan. Sesuai juga untuk ibu-ibu bagi mengatasi masalah rambut gugur tatkala bayi berusia 3-6 bulan kelak

Credit to Lyna Noh http://vitaminsemulajadi.com

Set B - Breastfeeding



Kini makin ramai ibu menyusu yang mengamalkan pengambilan vitamin Shaklee. Alhamdulillah, rangkaian vitamin yang disarankan untuk ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu telah membantu ramai ibu menjalani kehidupan yang lebih berkualiti. Set breastfeeding Shaklee bukan sekadar milk booster (membanyakkan susu) tetapi ia adalah rangkaian vitamin dan mineral keperluan ibu yang menyusukan anak, supaya ibu akan:
  • Lebih bertenaga
  • Kurang stress/tekanan perasaan
  • Mengelakkan meroyan
  • Mengurangkan sakit badan (sakit urat)
  • Kurang mengantuk (di waktu yang tak sepatutnya mengantuk)
  • Perbaiki keintiman suami isteri
  • Memiliki wajah berseri-seri
  • Mencantikkan kulit dan kuku
  • Mengawal berat badan
  • Membanyakkan susu ibu
Maklumlah kadangkala pemakanan kita seharian tu walaupun dah cukup, tapi banyak perkara yang boleh memberi kesan terhadap penyerapan vitamin oleh tubuh kita, misalnya:
  • Sumber makanan dan cara masakan yang merosakkan nutrien
  • Stress
  • Pencemaran udara
  • Usus yang ‘kotor’ dan tidak dapat menyerap nutrien dengan baik
  • Kurang rehat dan kurang tidur
  • Pemakanan yang tidak seimbang (sekadar kenyang saja)
Jadi, salah satu pilihan yang ada, terutama kepada ibu yang menyusukan anak.. Kerana dia berkhidmat untuk 3 pihak : dirinya, anaknya, dan suaminya – dirinya perlu penjagaan luaran dan dalaman; anaknya perlu pernjagaan, asuhan dan SUSU IBU! Suaminya perlukan layanan dari isteri – maka bertambah-tambah tanggungjawab seorang ibu menyusu.

Kerana itulah set breastfeeding Shaklee disusun sebegitu rupa, agar memenuhi keperluan nutrien seorang ibu. Diperbuat dari bahan-bahan semulajadi yang ditanam secara organik, pasti selamat dan sesuai buat semua.

Credit to Lyna Noh http://vitaminsemulajadi.com/

Set A - Set Asas


Set A (set optimum) terdiri dari vitamin dan mineral asas yang diperlukan dalam kehidupan seharian kita. Vitamin dan mineral ini terdiri daripada:


  • Vita Lea (multivitamin dan multimineral)
  • B Complex
  • Vita-C


Vitamin dan mineral yang tersenarai ini adalah asas kepada pembinaan tubuh badan yang sihat dan sistem imuniti serta penjagaan mental yang baik. Ia membantu meningkatkan tenaga, mengurangkan stress, memberi satu kehidupan yang lebih sihat.

Siapa yang boleh mengambil set ini?

  • Orang dewasa yang mementingkan kesihatan (kanak2 tidak boleh mengambil set ini)
  • Lelaki
  • Wanita
  • Pelajar
  • Warga emas
Set ini adalah ASAS atau BASIC, dipermudahkan untuk harga PALING EKONOMI. Anda boleh menambahbaikan dengan mengambil Energising Soy Protein, Vita-E, Alfalfa, Omega Guard dan sebagainya untuk lebih baik lagi.


Khasiat Vitamin

Vitamin A
Melindungi tubuh dari serangan virus dan bakteria yang menyebabkan jangkitan minor yang mungkin mengakibatkan kelesuan. Vitamin A menjaga membran dan mengawalnya dari diserang oleh patogen2 yang boleh menyebabkan badan kita jadi lemah dan lesu.
Vitamin A juga berguna untuk imuniti.

Vitamin B Complex
Vitamin B complex adalah vitamin yang paling utama dalam mengatasi kelesuan dan tekanan. Vitamin B Complex yang lengkap mengandungi 11 jenis vitamin B yang memberi sokongan kepada badan, dari segi kesihatan fizikal dan juga mental. Vitamin B complex mempunyai elemen yang meningkatkan metabolisma, tenaga dan kesihatan otak.

Vitamin C
Menguatkan imuniti tubuh dan menghalang jangkitan. Ia menghindarkan tubuh daripada kelesuan yang diakibatkan oleh tindakan virus dan bakteria terhadap sel tubuh.

Vitamin D
Vitamin D berkaitan dengan mood dan tahap tenaga. Kerana itu bagi penduduk di negara sejuk, mereka cenderung menghidapi sindrom SAD (seasonal affective disorder) ketika musim sejuk kerana kurang mendapat cahaya mtahari (sumber semulajadi vitamin D).

Vitamin E
Selain antioksidan yang hebat, vitamin E juga penting untuk mengatasi kesan psikologi semasa haid, menopause, termasuk kesan kelesuan dan lemah badan.


Sumber: http://vitaminsemulajadi.com

Tips-tips mendidik anak bagi ibu yang bekerja

Anak-anak adalah anugerah terindah dari Allah buat semua suami isteri. Anak-anak juga amanah Allah yang perlu kita pelihara sebaik-baiknya, baja dengan kasih sayang, semai dengan nilai-nilai murni, didik dengan pegangan agama supaya mereka mendapat keberkatan hidup dunia akhirat dan dapat memayungi kita di akhirat kelak.

Namun...cabaran dunia teknologi sekarang mewajibkan ibu bapa memainkan peranan yg sgt2 besar dalam mendidik anak. Anak-anak skrg umur 3 tahun dah terdedah dengan touch screen,galaxy tab,youtube...dll. benda2 mmg bagus tp perlu ada pemantauan.

Share tentang pengalaman saya, mmg saya nak yg terbaik utk anak2 saya Ariff, Afif dan Ahmad tp sbg ibu yg bkerja, kdg2 x menang tgn nak uruskan semua. 

Mari berkongsi tips mendidik anak dari  Ustazah Nor Hafizah Musa, Rancangan Tanyalah Ustazah di TV9. ada 4 Tip menarik untuk dikongsi..iaitu 4K
1. KOMITMEN

- Ibu perlu berazam untuk mendidik anak dengan baik. ibu perlu ingat, kesilapan mendidik anak pada hari ini, buruk padahnya di masa depan. Walaupun letih, kuatkan hati dan semangat untuk melayan anak-anak dengan baik. banyakkan berzikir untuk menghilangkan rasa penat.
kadang-kadang,bila penat tu la kita rasa nak marah je kan..dan anak-anak ni la yang jadi mangsa..lepas ni kalau rasa penat dan anak-anak menguji kesabran, kena banyak-banyak berzikir..


2. KONSISTEN / ISTIQAMAH


- Apa yang ibu buat untuk mendidik anak perlulah berterusan. Jangan kerana hari ni dengar ceramah, maka semangat untuk mengajar anak selepas magrib.esok-esok tak buat dah..buatlah secara konsisten. Hari ni solat berjemaah,esok lusa tak buat dah. Ambillah masa walau sekejap untuk mengulangkaji dengan anak-anak...mewarna dgn anak-anak..main puzzle dgn anak-anak. Sekejap tetapi konsisten adalah lebih baik dari lama tapi sekali-sekala kan..

3. KREATIF


- Ibu berkerjaya perlu kreatif dalam mengurus rumah. Kata ustazah, memang penat dan kadang-kadang rumah tak terurus kerana menguruskan anak-anak.kalau sibuk mengurus rumah takut anak pula terabai. Jadi, ibu perlu kreatif. Contoh, kain yang bertimbun, himpun je dalam bakul kalau tak sempat lipat, takde la nampak bersepah(contoh ni ustazah bagi dan maybe dia pon biasa buat..hehehe). Sapa-sapa ibu berkerjaya ade idea kreatif dalam mengurus rumah sila la kongsi dengan saya ye.

4. KETAQWAAN


- Yang ini paling menarik. Kata ustazah, bila kita berkerja, dan anak-anak kita tinggalkan dengan pengasuh..pastikan kita melakukan kerja dengan penuh taqwa. Apa yang kita lakukan,ada impaknya pada anak-anak.kalau kita bekerja, tapi mengambil rasuah, ingatlah hasil haram yang kita beri pada anak. sama juga jika kita bekerja, tapi "tidak bekerja"..ingatlah pada keberkatan rezeki yang kita bawa balik untuk anak-anak..ibu-ibu..bekerja lah dengan kerja yang sebenarnya agar kita membawa balik rezeki yang halal dan berkat untuk anak-anak.agar mereka membesar dengan akhlak yang baik hasil dari didikan yang baik, dan juga makan dari hasil yang baik-baik juga..eh..jangan ibu-ibu risau jika membaca entry ini ketika sedang bekerja ya..tidak salah jika sedang berkelapangan.

Ustazah juga berkata, anak pada ketika umurnya 0-7 tahun adalah TUAN. Kenapa? Lihat dia boleh kata "mak, nak susu" walhal emaknya seorang profesor..sapa berani mintak profesor macam tu kan (tersengih saya bila ustazah bagi contoh ni..memang tepat). Sebagai tuan, kita kena ikut apa yang dia mahu. TETAPI perlu kita ajar anak kita cara yang betul untuk minta kita buat sesuatu.

Pada umur 8-14 tahun anak adalah suruhan. Suruhlah dan ajarlah dia menunaikan solat dan amalan-amalan wajib yang lain.


Pada umur 14-21, anak adalah pembantu. Mintalah bantuannya untuk melakukan sesuatu yang tidak membebankannya,dan mulakan dengan meminta bantuan sesuatu yang mudah.

Sebelum menutup bicara, ustazah kongsikan doa untuk melembutkan hati anak-anak. Elok dilakukan ketika solat tahajud. SDa dari surah At-Taubah ayat 129. 

10 Tips Didik Anak Cemerlang

Anak-anak adalah cerminan diri kita. Mari kita amalkan tip mendidik anak ini supaya anak kita menjadi anak soleh/solehah seperti yang kita harapkan.

1. Konsisten dgn peraturan yg dtetapkan kpd anak-anak
2. Apabila anak bcerita kpd anda, jadilah pendengar yg setia.
3. Bsikap jujur kpd anak.
4. Mempruntukkan masa bkualiti utk bsama anak.
5. Pandanglah anak dgn pnh kasih syg.
6. Berikan pnghargaan setiap kali anak mlakukan pbuatan baik (pujian, pelukan, ciuman dan hadiah).
7. Tenangkan anak anda setiap kali dia memerlukannya.
8. Hargailah permainan kesayangan anak anda.
9. Berbicaralah dgn anak anda.
10. Ajaklah anak bsembahyang bjemaah dgn anda.

Saya dan penyusuan

Perjalanan penyusuan saya adalah pengalaman paling berharga dalam hidup saya yang xboleh dibeli atau ditukarganti dgn wang ringgit krn ianya TERLALU TINGGI NILAINYA!

2008:
Saya menyusukan anak sulung saya Ariff sejurus selepas dilahirkan. Sepanjang 3 hari saya di hospital, xda kerja lain selain berulang dari bilik ke nursery utk menyusukan Ariff. Sekali sesi menyusu at least 40minit hingga lebih 1 jam. Saya yakin dia menyusu dgn jayanya tp makin hari B makin bengkak dan sy ingat lg pukul 1.30a.m saya pergi ke nursery utk mengadu mslh bengkak susu krn esoknya sy blh discharge dr hospital dan sy risau bengkak susu ni akan jd lebih kronik. Mcm2 pertolongan dan tips diberikan oleh nurse.

Apabila sy pulang ke rumah hari ke-4, bengkak susu berlarutan sehingga sy memaksa suami sy utk belikan pam mlm2 sbb xtahan sakit. Ms tu mmg pengetahuan ttg bf ni cetek sgt..sy xkenal Medela..Spectra..icepack..sume tu. Sy beli pam xxx battery operated je. Dpt je pam..dgn xstudy kaedah penggunaannya betul2..terus pam--tetiba kuar susu bcampur darah! sbb xtau benda tu kena laras (jahilnye) dan nipple dah start luka akibat silap teknik penyusuan dgn baby. Pukul 2 pagi tu jgk sy call nursery dan bercerita..

Bila sy start keje, satu hal la pulak si Ariff ni xnak minum stok susu yang sy dah buat utk dia spjg dlm pantang. Mcm2 sy buat..tukar puting..beli botol Breastflow Dr Browns..tp tetap xmenjadi. Mmg hari2 dia menangis kelaparan dan akhirnya tertidur sbb letih. Tak senang ati kite ni nak keje. Mujur suami keje sendiri...jd setiap hari suami akan bawa Ariff dtg mnyusu kat opis time lunch..nyusu dlm kereta. Pastu sy risau stok EBM dari pantang ni akan rosak sbb xluak pun dan peti ais pun dah xmuat. Umur Ariff 5 bln sy nekad nak buang je susu2 tu semua..tp Alhamdulillah dengan izin Allah Ariff nak pula mnyusu stok EBM dan habis stok dlm pantang tu.

Satu lg pengalaman paling saya xboleh lupa sampai bila2 semasa sy pergi kursus di Cherating, Pahang. Dgn xde icepacknya..sy isi botol2 mineral dgn air paip dan bekukan. Sepanjang perjalanan balik Pahang-KL 4jam, saya balut stok2 EBM yg diperolehi sepanjang kursus dgn kain batik dan towel pastu halakan aircond ke arah beg simpan susu tu.

Tulah antara kisah penyusuan Ariff Azami sbb ms tu sy cuma bersandarkan perkongsian ilmu dgn rakan sekerja, AinZaiha dan buku Panduan Penyusuan RM10.00 yg dibeli di hospital. Masa tu golongan ibu menyusu di pejabat sy belum meluas lg..blh kira dgn jari. Apapun, saya amat berterima kasih dgn K.Iza (AinZaiha) kerana dgn pengalaman inilah yang menjadikan laluan penyusuan saya bertambah manis!

Ariff menyusu secara ekslusif selama 2 tahun 9 bln.

Ariff Azami bin Azlan


2010:
Penyusuan anak kedua, Afif Zikri menjadi semakin mudah kerana dilengkapi pam Medela Harmony, blog susuibu.com, rakan sekerja yg sgt obses dgn full-breastfeeding..hehe..K.Wan le tu. Semua 'gajet' utk BF dia ada. Kami berlumba2 mngumpulkan stok EBM kat ofis. Kalau pergi kursus pun slalu sama2..dpt sebilik...perkara pertama yg kitorg cari ialah fridge. Kalau fridge xkuat, deal dgn org kat kitchen hotel tu nak minta tlg bekukan susu.

Pengalaman berharga apabila saya tandem nursing, sejak dari awal mngandungkan Afif saya masih teruskan menyusukan abgnya,Ariff walaupun ada yg kata jgn..xelok..xboleh. Seminggu lepas Afif lahir (kolustrum dah abis) Abg Ariff sambung meminta haknya dan saya menyusu mcm dpt anak kembar.

Afif menyusu secara ekslusif selama 2 tahun 4 bln.

Afif Zikri bin Azlan 


2012:
Anak saya ketiga ni, Ahmad Zahran..menyusu sepuas2nya tanpa gangguan abg2nya. dan saya berazam nak berikan selama mungkin. Seronok tgk dia semakin hari semakin sihat dan pipinya makin bulat!

Ahmad Zahran bin Azlan

Saya dan vitamin

Saya mula menyedari yang saya memerlukan supplement / vitamin sejak saya sering rasa mengantuk bila berada dlm kereta semasa pulang dari kerja. Sekitar tahun 2005 saya kerja dgn Celcom (M) Bhd (kerja xla penat mana pun tp on da way balik umah je ngantuk)..saya mula mkn multivitamin Pharmaton Caplet. Mmg rasa kesan-bertenaga dan xmengantuk lg. Dan saya terus menjadikan Pharmaton sbg makanan tambahan harian saya.


Tahun 2010: Saya mula mengenali Shaklee melalui teman saya, Lyna Noh apabila saya bertanyakan supplement apa yg dia makan dan pada ketika itu saya mencari vitamin bagi membantu saya memperbanyakkan susu badan. Dan saya mencuba Trial Pack Set B-Breastfeeding Set. Terus terang saya katakan saya terus 'jatuh cinta' dengan Shaklee dan mendaftar sbg ahli Shaklee.


Tahun 2012: Saya upgrade kpd Set Tripple M apabila menyedari keperluan Kalsium dalam badan saya (dan saya risau tulang cepat reput meniti usia tua krn sy perlu berkongsi kalsium dengan anak2 yang menyusu)

+...dan sehingga kini saya gembira menjalani kehidupan seharian walaupun tuntutan kerja semakin bertambah, anak makin bertambah serta lasak kemain, tanggungjawab di ofis makin berat, peranan sbg isteri serta ibu semakin mencabar...tp saya akan harunginya dengan tabah...semoga Allah permudahkan.


Kesimpulannya: Keperluan dan kehendak
Kita berkehendakkan kehidupan yg lebih baik...kita perlu bijak menguruskan diri
Kita berkehendakkan badan yg sihat...kita perlu kpd pemakanan yg baik

Tuesday 11 December 2012

Alhamdulillah

...Syukur atas segala nikmat kebahagiaan, kesihatan, rezeki dan ketenangan hati yang diberikan Allah kepada saya. Kehidupan ini boleh jadi sangat ringkas atau sangat kompleks bergantung pada cara kita menilai dan mengaturnya.

Bagi saya hidup kita perlu diwarnai dengan kisah-kisah ceria, diiringi dengan gelak tawa anak-anak, diisi dengan keperluan rohani dalam diri dan sentiasa berazam untuk menjadi yang terbaik dalam hidup. Namun kita juga perlukan pengalaman, cabaran yang boleh mendorong kita untuk menjadi lebih matang dalam mengharungi kehidupan. Laluan untuk mencipta kehidupan yang indah tidak semudah ABC. Oleh itu perlu sentiasa recharge diri, perbaiki kelemahan, berani untuk mengambil risiko di atas keputusan yang kita telah ambil...selebihnya kita sandarkan kepada Allah untuk menentukannya.


"Mereka merancang (tipu daya), dan Allah juga merancang (membalas tipu daya), Dan Allah sebaik-baik perancangan."
(Surah Ali Imran, 3:54)