Wednesday 13 March 2013

Kebaikan susu ibu yang unik!

Susu ibu yang kita tahu sememangnya nikmat Allah yang tersangat istimewa, berharga dan tidak ada pengganti yang setanding dengannya.Mari sama-sama kita renungkan di antara hikmah tersembunyi di sebalik penyusuan susu ibu:

FAEDAH UNTUK BAYI:
  • Bayi dapat bernafas dengan baik semasa menyusu. Oleh itu, otot muka bayi akan lebih kenyal berbanding dengan bayi yang menyusu susu tepung dengan botol kerana bayi terpaksa menyesuaikan mulutnya dengan bentuk puting botol susu. Ia juga memberi kesan yang baik terhadap pembentukan tulang pipi dan bentuk muka bayi.
  • Penyusuan susu ibu memberikan kesan positif terhadap perkembangan rahang. Sekiranya rahang berkembang dengan baik, ruang yang ada dapat ditumbuhi gigi susu. Gigi susu dapat tumbuh dengan cantik seolah-olah bertunas di atas gusi dari tengah ke tepi. Oleh itu, wajah bayi akan kelihatan lebih cantik dan menawan.
  • Dari sudut psikologi, penyusuan susu ibu dapat menjalinkan hubungan erat antara ibu dan anak. Ini terbukti bila jari jemari bayi menggenggam erat jari ibunya ketika menyusu, mata bertentangan dalam jarak yang dekat dan lahir perasaan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata...(hanya ibu yang menyusu je yg memahaminya)
  • Susu ibu mengandungi bahan pencegah penyakit (antibodi) yang tinggi (terbukti..anak jarang demam)
  • Perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ tinggi) (anak susu ibu ni bijak, keletah dan petah berkata2)
  • Susu ibu mempunyai komposisi yang mencukupi, penghadaman yang mudah dan suhu yang sesuai
  • Susu ibu dapat mengurangkan risiko alahan/alergi dan cirit-birit
  • Mencegah masalah pergigian, kurang zat makan dan menggalakkan tumbesaran fizikal yang baik
  • Mengurangkan penyakit kencing manis, pneumonia dan jangkitan telinga pada kanak-kanak

FAEDAH UNTUK IBU:
  • Membantu mengecutkan rahim dan mengurangkan pendarahan selepas bersalin
  • Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari
  • Membantu menjarakkan kelahiran
  • Menjimatkan masa dan wang
  • Mudah dan tidak perlu persediaan..(si ayah tak perlu bangun tengah malam untuk bacuh susu anak!)
  • Ibu dapat kembali langsing dan mengurangkan berat badan dengan lebih mudah selepas bersalin (jimat..tak perlu kepada produk pelangsingan mahal2)


No comments:

Post a Comment