Tuesday 18 December 2012

Ice Pack tertinggal!

13-15 Disember 2012 baru ni saya kursus di Cameron Highlands...ice pack Medela saya tertinggal dlm fridge hotel! Dah sampai Simpang Pulai baru terperasan ice pack tertinggal. Apa yang boleh saya kata dlm hati: Jika ada rezeki anakku ini utk memudahkan beliau menyusu, Allah akan permudahkan urusan agar ice pack tu dapat kembali.

Saya hubungi pihak hotel dan housekeeping maklumkan yg bilik tu dah diduduki dan hanya akan maklumkan kpd saya keesokkan harinya. Alhamdulillah keesokkan harinya, dapat feedback bahawa mereka simpankan ice pack tersebut di Lost dan Found Department. Satu hal lagi..nak membawa icepack tersebut selamat ke tangan saya..suami saya cuba hubungi rakannya yang ramai contact di Cameron, saya lega bila dia memberitahu abangnya tinggal di Cameron. Tapi, alhamdulillah, kebetulan ada kenalan yang bercuti di Tanah Rata dan saya minta tolong beliau ambil di Lobby Hotel. Semoga ada rezeki anak saya..tak perlu beli icepack yang baru.


Ini le dia Ice pack yang saya guna sejak 2010

No comments:

Post a Comment