Wednesday 13 March 2013

Kebaikan susu ibu yang unik!

Susu ibu yang kita tahu sememangnya nikmat Allah yang tersangat istimewa, berharga dan tidak ada pengganti yang setanding dengannya.Mari sama-sama kita renungkan di antara hikmah tersembunyi di sebalik penyusuan susu ibu:

FAEDAH UNTUK BAYI:
  • Bayi dapat bernafas dengan baik semasa menyusu. Oleh itu, otot muka bayi akan lebih kenyal berbanding dengan bayi yang menyusu susu tepung dengan botol kerana bayi terpaksa menyesuaikan mulutnya dengan bentuk puting botol susu. Ia juga memberi kesan yang baik terhadap pembentukan tulang pipi dan bentuk muka bayi.
  • Penyusuan susu ibu memberikan kesan positif terhadap perkembangan rahang. Sekiranya rahang berkembang dengan baik, ruang yang ada dapat ditumbuhi gigi susu. Gigi susu dapat tumbuh dengan cantik seolah-olah bertunas di atas gusi dari tengah ke tepi. Oleh itu, wajah bayi akan kelihatan lebih cantik dan menawan.
  • Dari sudut psikologi, penyusuan susu ibu dapat menjalinkan hubungan erat antara ibu dan anak. Ini terbukti bila jari jemari bayi menggenggam erat jari ibunya ketika menyusu, mata bertentangan dalam jarak yang dekat dan lahir perasaan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata...(hanya ibu yang menyusu je yg memahaminya)
  • Susu ibu mengandungi bahan pencegah penyakit (antibodi) yang tinggi (terbukti..anak jarang demam)
  • Perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ tinggi) (anak susu ibu ni bijak, keletah dan petah berkata2)
  • Susu ibu mempunyai komposisi yang mencukupi, penghadaman yang mudah dan suhu yang sesuai
  • Susu ibu dapat mengurangkan risiko alahan/alergi dan cirit-birit
  • Mencegah masalah pergigian, kurang zat makan dan menggalakkan tumbesaran fizikal yang baik
  • Mengurangkan penyakit kencing manis, pneumonia dan jangkitan telinga pada kanak-kanak

FAEDAH UNTUK IBU:
  • Membantu mengecutkan rahim dan mengurangkan pendarahan selepas bersalin
  • Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari
  • Membantu menjarakkan kelahiran
  • Menjimatkan masa dan wang
  • Mudah dan tidak perlu persediaan..(si ayah tak perlu bangun tengah malam untuk bacuh susu anak!)
  • Ibu dapat kembali langsing dan mengurangkan berat badan dengan lebih mudah selepas bersalin (jimat..tak perlu kepada produk pelangsingan mahal2)


Saturday 26 January 2013

Amalan Doa dan Zikir dalam Penyusuan

Doa dan zikir untuk ibu menyusu

  1. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, murahkanlah rezeki anakku dan banyakkanlah susu untuknyau, permudahkan perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang Engkau syariatkan.
  2. Ya Allah seberapa banyak rezeki susu yang Engkau kurniakan hari ini, penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku.
  3. Amalkan Surah Al-Baqarah Ayat 60                                                                                                 Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu" (Ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air. Sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".
  4. Amalkan surah Al-Hujurat dan Al-Kauthar
  5. Amalkan zikir Ya Matin (70x) setiap malam dan subuh
  6. Surah Yaasin Ayat 72-73
  7. Baca selawat sebelum menyusu dan mengepam

Teknik Power Pumping

Setelah sekian lama tak bangun malam utk update blog, hari ni saya bersemangat berjaga malam..bukan hanya utk update blog tetapi utk mencuba kaedah power pumping. Saya baru mengetahui power pumping ni melalui kwn sepejabat, Mas dan Yati. Sebelum tu penah ternampak dalam majalah Pa&Ma tp buat xtau je. Tapi apabila akhir-akhir ni penghasilan susu makin menurun, stok EBM pun makin menyusut, masa mengepam di pejabat pula semakin terhad...saya fikir saya perlu lakukan sesuatu utk anak kesayangan saya, Ahmad Zahran. 

Sebelum tu kita share sikit tentang teknik Power Pumping yang saya ambil dari page di FB Kredit 


Apa itu Power Pumping?
Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara x langsung meningkatkan bekalan susu ibu.
Siapa yang perlukan Power Pumping?

1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu

2. Ibu yg ingin relaktasi/menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan

3. Ibu yg kekurangan susu,berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.


Macammana nak buat Power Pumping?

Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kendian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sbb hormon susu sgt tinggi waktu ni.

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?

Kita jgn ingat sekali buat terus susu jadi melimpah ruah. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dpt hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, In Shaa Allah dipermudahkan olehNYA…amin.

Alhamdulillah, saya berjaya melaluinya tadi...walaupun dalam keadaan agak mamai dan masih mengantuk, dapatla sebotol penuh 5oz. (maklumla nak tunggu sejam guna pam medela manual, rasa tertidur sambil pam pun ade). In Shaa Allah, saya akan berusaha utk malam2 berikutnya utk melihat sendiri hasilnya.


Thursday 27 December 2012

Rambut semakin menipis

Sekarang ni saya mengalami masalah rambut gugur yg sgt serius. Bila google tentang masalah rambut gugur ni...ape yg dpt saya simpulkan:

Punca rambut gugur:
  • Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif
  • Demam, jangkitan dan selsema yang serius
  • Perubahan hormon
  • Amalan diet yang tak seimbang
  • Kesan drpd ubat-ubatan
  • Stress
...bila tgk punca2 di atas, terus saya kata dlm hati..."ooo...patut la pun.." sebab saya mmg ada masalah tiroid, tambah pulak perubahan hormon lepas bsalin (bak kata org tua2 biasela tu, anak dah start menyembur...yeke atau kebetulan)...mmm..stress, takdela sgt sbb mampu dikawal lg.. Jadi saya terfikir, mcmne kekdahnya nak atasi ni..sblm ia jd lebih kronik

Antara cara atasi:
  • Amalan petua2 tradisional cth: Campurkan 5 sudu bsr minyak zaitun bsama 2 biji telur atau 2 sudu madu lebah, lumurkan ke seluruh rambut. Balut kepala dengan plastik/guna shower cap, biarkan 15 minit dan bilas. Amalkan 1 kali seminggu. ATAU lumur pati santan ke kepala, balut juga..ATAU gunakan jus lemon, urut ke kulit kepala
  • Ambil pemakanan yang kaya dengan protein seperti sayur-sayuran hijau, soya, daging, carrot, buah mangga, apricot kering, bijirin
  • Pilih syampu rambut yang sesuai
  • Gunakan sikat yang jarang
  • Utk yang bertudung, pastikan rambut benar2 kering sblm memakai tudung
  • Potong rambut pendek
...dan beberapa cara lain termasuk mencuba produk2 kesihatan rambut yang berada di pasaran yang kita xpasti risikonya atau terbukti keberkesanannya terhadap diri kita..atau klu yg berduit manetau nak cuba Yun Nam ke kan..hehe..saya mmg xdela

tp terus terang saya cakap..kalau saya nak buat yang petua2 tradisional tu mmg 'agak bcinta' jgk la dgn kekangan masa dan anak2 kecil lagi, dan saya tak brapa rajin+remeh nak amalkan. Jadi saya memilih utk pemakanan yg kaya protein...selain protein semulajadi dari sumber2 asli, saya amalkan juga vitamin spt Vitalea, B.complex dan ESP. Semoga ianya membantu :)

Tuesday 25 December 2012

Selamat melihat dunia, Mya

Kelahiran yang dinanti..alhamdulillah dan syukur atas kelahiran sorang lagi cucu Tok Wan & Mak Tok yang baru dan menjadikan kesemuanya 9 orang. Ariff dan Afif seronok dan x sabar nak jumpe sepupu baru tp kena tunggu keluar hospital dulu. Kesian pulak Munirah (adik ipar yg bongsu ni) kena tahan kat spital sbb dua2 ibu ngan baby demam.

Teringat kisah kelahiran Mya (nama dah finalize kut)..ari sabtu Nierah dah start sakit dan malam tu kami anak branak dtg utk menenangkan keadaan sementara mak ngan abah pun baru bertolak dari Kedah. Dari siang tu baru 1cm, tgh mlm dlm kul 12.30 kami 'paksa' nierah pg spital jgk sbb tgk dia dah mcm sakit sgt. Rupanya baru 2 cm. Sabarlah dik (kena tinggal sorg2 kat spital mengharungi kesakitan bsama ibu2 lain-ade yg mjerit2 xtahan sakit).

Ahad tu kami tunggu kabar dari umah je...dan sentiasa update status Nierah ni melalui suaminya, Mahfuz dan juga mak n abah yang tunggu kat hospital. Lambat juga bukaan, maklumlah anak sulung. Akhirnya jam 7.03 mlm lahirlah seorang baby girl yang sempurna dengan berat 2.78kg secara normal. 

Raya tahun depan meriahlah umah Mak Tok dan Tok Wan kat Kedah dengan gelak tawa cucu2 ni:

  1. Ariff Azami bin Azlan (02.12.2008)
  2. Khairunnnajah binti Mohamad Anas (08.06.2009)
  3. Afif Zikri bin Azlan (25.02.2010)
  4. Alya Syadiah binti Mohamad Anas(06.09.2010) 
  5. Nur Ilman Arfa binti Azminizam (30.08.2011)
  6. Darwisyah Fatnin binti Mohamad Anas (30.04.2012)
  7. Rahimi bin Azminizam(keguguran 5 bulan 25.07.2012)
  8. Ahmad Zahran bin Azlan (05.09.2012)
  9. Mya Marissa binti Mahfuz (23.12.2012)
  10. ....(bakal lahir bln 3 thn dpn)
**stakat ni sepupu Ariff Afif Ahmad ramai pmpuan 

Monday 24 December 2012

GLA Complex

GLA COMPLEX

FAKTA MENARIK

  • Biasanya GLA (Gamma-Linolenic Acid) di pasaran dihasilkan dari Evening Primrose Oil (EPO) tetapi GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA  dalam EPO
  • Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA - sumber terbaik Omega-6
  • Digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E


KEISTIMEWAAN GLA COMPLEX

  • Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan
  • Mengawal selia estrogen dan testosteron, mood swing dan sakit payudara
  • Membantu tubuh menghasilkan 'cecair kesuburan' yang antara kebaikannya ialah memberi 'ruang' untuk sperma terus hidup da;am tiub falipio sehingga 5 hari
  • Melambatkan menopaus, mengetatkan uterus
  • Merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina
  • Memperbaiki masalah prostat lelaki dan kerap kencing
  • Meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser
  • Memperbaiki inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, bintik penuaan
  • Merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua
  • Pelangsingan dan menghalang tambah berat badan, beri tone pada kulit dan otot untuk wanita untuk mencapai bentuk badan yang cantik
  • Menghalang tekanan darah tinggi, pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, mengelakkan masalah jantung
  • Memperbaiki tekstur rambut, rambut kering dan rambut gugur
  • Memperbaiki keadaan kanak-kanak autisma, sukar memberi tumpuan untuk balajar dan hiperaktif


CADANGAN PENGAMBILAN

  • Untuk memelihara kesihatan: 2 kali sehari, 1 kapsul setiap kali (selepas makan)
  • Untuk menopaus, pelangsingan, hiperaktif: 2 kali sehari, 2 kapsul setiap kali (selepas makan)

Vitamin E

VITAMIN E

FAKTA MENARIK 

  • Dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E
  • Diekstrak d-alpha tocopheryl dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama, delta)
  • Mengandungi 10mg selenium semulajadi


KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN

  • Melindungi jantung, melindungi sel darah merah, mengurangkan tekanan darah, menghalang platlet darah melekat ke dinding arteri
  • Mempertingkatkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU-800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka. Tambahan Se dan vitamin E boleh meningkatkan kualiti air mani dan mempunyai kesan bermanfaat dan perlindungan, terutamanya pada motilitas (kemampuan untuk bergerak) sperma
  • Melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, jerawat dan bintik hitam
  • Memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha
  • Melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas
  • Memperbaiki masalah katarak dan masalah penglihatan
  • Mengekalkan kemampuan seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih
  • Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir dan sakit sendi
  • Menghalang keguguran (hamil), sindrom prahaid dan sindrom menopaus
  • Memperbaiki parut, bengkak dan ulser kulit


CADANGAN PENGAMBILAN

  • Untuk memelihara kesihatan: 1 kapsul sehari (selepas makan)
  • Untuk anti penuaan dan sistem reproduktif: 2 kali sehari, 1 kapsul setiap kali
  • Menentang kanser dan mengurangkan parut: 2 kali sehari, 2 kapsul setiap kali