Wednesday 12 December 2012

Tips-tips mendidik anak bagi ibu yang bekerja

Anak-anak adalah anugerah terindah dari Allah buat semua suami isteri. Anak-anak juga amanah Allah yang perlu kita pelihara sebaik-baiknya, baja dengan kasih sayang, semai dengan nilai-nilai murni, didik dengan pegangan agama supaya mereka mendapat keberkatan hidup dunia akhirat dan dapat memayungi kita di akhirat kelak.

Namun...cabaran dunia teknologi sekarang mewajibkan ibu bapa memainkan peranan yg sgt2 besar dalam mendidik anak. Anak-anak skrg umur 3 tahun dah terdedah dengan touch screen,galaxy tab,youtube...dll. benda2 mmg bagus tp perlu ada pemantauan.

Share tentang pengalaman saya, mmg saya nak yg terbaik utk anak2 saya Ariff, Afif dan Ahmad tp sbg ibu yg bkerja, kdg2 x menang tgn nak uruskan semua. 

Mari berkongsi tips mendidik anak dari  Ustazah Nor Hafizah Musa, Rancangan Tanyalah Ustazah di TV9. ada 4 Tip menarik untuk dikongsi..iaitu 4K
1. KOMITMEN

- Ibu perlu berazam untuk mendidik anak dengan baik. ibu perlu ingat, kesilapan mendidik anak pada hari ini, buruk padahnya di masa depan. Walaupun letih, kuatkan hati dan semangat untuk melayan anak-anak dengan baik. banyakkan berzikir untuk menghilangkan rasa penat.
kadang-kadang,bila penat tu la kita rasa nak marah je kan..dan anak-anak ni la yang jadi mangsa..lepas ni kalau rasa penat dan anak-anak menguji kesabran, kena banyak-banyak berzikir..


2. KONSISTEN / ISTIQAMAH


- Apa yang ibu buat untuk mendidik anak perlulah berterusan. Jangan kerana hari ni dengar ceramah, maka semangat untuk mengajar anak selepas magrib.esok-esok tak buat dah..buatlah secara konsisten. Hari ni solat berjemaah,esok lusa tak buat dah. Ambillah masa walau sekejap untuk mengulangkaji dengan anak-anak...mewarna dgn anak-anak..main puzzle dgn anak-anak. Sekejap tetapi konsisten adalah lebih baik dari lama tapi sekali-sekala kan..

3. KREATIF


- Ibu berkerjaya perlu kreatif dalam mengurus rumah. Kata ustazah, memang penat dan kadang-kadang rumah tak terurus kerana menguruskan anak-anak.kalau sibuk mengurus rumah takut anak pula terabai. Jadi, ibu perlu kreatif. Contoh, kain yang bertimbun, himpun je dalam bakul kalau tak sempat lipat, takde la nampak bersepah(contoh ni ustazah bagi dan maybe dia pon biasa buat..hehehe). Sapa-sapa ibu berkerjaya ade idea kreatif dalam mengurus rumah sila la kongsi dengan saya ye.

4. KETAQWAAN


- Yang ini paling menarik. Kata ustazah, bila kita berkerja, dan anak-anak kita tinggalkan dengan pengasuh..pastikan kita melakukan kerja dengan penuh taqwa. Apa yang kita lakukan,ada impaknya pada anak-anak.kalau kita bekerja, tapi mengambil rasuah, ingatlah hasil haram yang kita beri pada anak. sama juga jika kita bekerja, tapi "tidak bekerja"..ingatlah pada keberkatan rezeki yang kita bawa balik untuk anak-anak..ibu-ibu..bekerja lah dengan kerja yang sebenarnya agar kita membawa balik rezeki yang halal dan berkat untuk anak-anak.agar mereka membesar dengan akhlak yang baik hasil dari didikan yang baik, dan juga makan dari hasil yang baik-baik juga..eh..jangan ibu-ibu risau jika membaca entry ini ketika sedang bekerja ya..tidak salah jika sedang berkelapangan.

Ustazah juga berkata, anak pada ketika umurnya 0-7 tahun adalah TUAN. Kenapa? Lihat dia boleh kata "mak, nak susu" walhal emaknya seorang profesor..sapa berani mintak profesor macam tu kan (tersengih saya bila ustazah bagi contoh ni..memang tepat). Sebagai tuan, kita kena ikut apa yang dia mahu. TETAPI perlu kita ajar anak kita cara yang betul untuk minta kita buat sesuatu.

Pada umur 8-14 tahun anak adalah suruhan. Suruhlah dan ajarlah dia menunaikan solat dan amalan-amalan wajib yang lain.


Pada umur 14-21, anak adalah pembantu. Mintalah bantuannya untuk melakukan sesuatu yang tidak membebankannya,dan mulakan dengan meminta bantuan sesuatu yang mudah.

Sebelum menutup bicara, ustazah kongsikan doa untuk melembutkan hati anak-anak. Elok dilakukan ketika solat tahajud. SDa dari surah At-Taubah ayat 129. 

No comments:

Post a Comment